Fezza dan Faizal

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 17, 2008

Wednesday, August 6, 2008

mimpi ari nih..

ari ni aku dpt satu hasutan dr seseorg yg mmbuatkan aku berpk..spttnye xyah pk pn..buang karan je..tp..btol gak ape die ckp..
**kan best kalu otak kite leh delete sume mende2 yg wat kite sedih, sakit ati,duka n yg sama waktu dgnnye..tggl yg best2 jek..tp tu la..xleh..melainkan kite ilang ingatan..**(xde kaitan ngan intro diatas)

soklan2 bodo yg aku slalu pk?
- adakah aku seorg pendendam?
- nyesal ke wat baik ngan org?
- aku nyesal ke sbb wat mcm tu dulu?
- naif kah daku?
- adakah aku suke mengungkit?

(ayat skema mmg xleh lari=p)

tp..die x bersalah..aku knl die..xpe la..org nk ckp ape pn..
sob sob..

otak /me suke wat flash back..

Tuesday, August 5, 2008

kawan2 it



solaris part 1

ha'ah betul la 2..

"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah
restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak
kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada
budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah" Pelancong itu tidak
faham perkataan 'ha'ah'.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.



Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu
sekali lagi dia bertanya.. "Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama
jalan ini adalah jalan Pasir?"
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah
betul.


Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu
segera bertanya
"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."


Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk
menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi.. "Saya keliru.. Tadi saya
bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya
kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya
kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk.
Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar
belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar',
orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau
yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang
dewasa itu...

"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?" tanya
Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"

Jemu dgn Kekaseh?

Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang

Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda

Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah
Tapi jika dia jemu dengan anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atau
Dia cari kekasih baru

Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah
Tapi jika dia cari kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau
Anda tak dapat melupakannya

Jika anda benci padanya tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh
atau
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh

Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh
atau
Dia kembali menjadi kekasih anda

Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda ... hihiiiiihiii
(",)