Fezza dan Faizal

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 20, 2011

aku, farah, wani..byk sgt kesahnye!

perbualan di suatu ptg..farah pm aku kt gmail, ajak g melawat kwn kami, izian..die dah bincg dgn wani (rumet 4 thn berturut2 aku), tp katenye wani yg suh farah pakse aku pergi..
utk tatapan kitorg ber tiga:-->

me: pehal die suh ko plak
nape die x pakse sndri
xkan tkt kne marah plak

farah: sbb aku ckp aku chat ngn ko ari2

me: tp die leh msg aku
tlg jd batu api jap

farah: hey..die kate ko ni dah la sombong..dah la sombong kerek plak tuh!
bosan dah ckp ngn ko
die kate cukop la 5 taun
ammabak!

me: sampai ati die ckp cm tuh

farah: msti la smpi
dah jum ar g umah izian ahad

me: die kan rumet aku 4 thn tanpe henti
ok3..wani nak amek aku kt kl sentral

farah: wey korng pnah gado time silat kan??hahahah

me: mstilah penahh

farah: sengal btol

me: hahaaha

farah: dah la prtner
isu ape tu

me: tutup pintu kuat2 kot
nak tnjuk protes

farah: aku xsuke..sbb silat la ko pukol aku ngn hanger!

me: ye la..aku suh ko tumbuk aku, tp ko xnk

farah: msti oprg ckp aku bodo kan

me: hahahahh

farah: xnak tumbuk..kne hanger
tajuk metro ahad

me: hahahha

farah: metro kan suke cite pns cmtuh

me: pelajar perempuan utp dibuli..dihanger kerana enggan menumbuk kwnnya yg berlatih silat

farah: hahahaha
bodo kot!
org bce ckp sapa bodo

me: hahaha
agak2 sape yg bodo dlm hal ni?

farah: tau dah mls jwb

me: hahahah
perbualan ni menarik aku nak post kt blog aku la..
sekali dgn batu api ko td

Monday, August 8, 2011

Pulang ke pangkal jalan

ari ni last day aku keje kt JB sblm pulang semula ke kampus cheras..sebulan lebey sket la kt sini...rase mls nk blk sane tp disesabkan aku nak pose kt umah, maka aku blk la..kalu bkn bln pose, mebe aku stay sini lg psl aku namo blk keje sane,,keje manyakkk....

skang masih kt opis lg..aku nak thumb out kul 1 ptg ni psl aku amek el half day..(padahal x apply lg pn..apply dlm ati pn xpe..janji ade niat)

sementelaah itu pula, mr faizal aku dlm perjalanan ke sini nek bus utk jemput aku hatta drive kan utk aku dr sini..tp..xnk blk truss...nak round2 johor dulu..kat mane tmpt best ek??danga bay ke..laut je kot..hehehe..pastu nak bwk blk ape utk org key-el (kl la sgt) nih..kalu g ganu, dpt la bwk kopok lekor ke ape..tp kt cni, xtau nk bwk ape..mungkin aku bwk blk diri aku je la utk dorg psl dorg msti rindu aku kan? =p

ok la kalu aku amek gmba nnti aku upload kt cni..dah lame aku x upload gmba kt sini..

babai..ammabak

Tuesday, July 19, 2011

Exam PTD

lame ye x hapdet blog..seb bek x de iklan nuffnang ke ape ke dlm blog nih..jd xde la terdesak kne updet..

post kali ni nak cite psl exam ptd..aku dpt pgglan g exam PTD sabtu lepas..16 julai 2011, kat sekolah men keb puteri titiwangsa,,mase surat smpai tuh, aku keje kt sini lg, yakni JB..so nak xnak g, mmg kne balik la sbb nak amek exam..memandangkan plak tunang aku pn dpt g exam jugak (tp tmpat len), jd ade semamgat nak blk key-el la..dan memandangkan jugak die dah janji nak bawak g makan ikan bakar umbai kt subang tuh lagi la aku nak blk..hehehe..

dah namenye feza, kalu exam, membebel cane pn xnk g atau berat ati nak g atau ape saje, msti study juge sket..sket pn jd la..jd aku study sejarah lame2 dulu psl melaka , portugis, belanda la..janji aku tau ape tuh perjanjian pangkor, perjanjian kajang atau perjanjian kelana jaya..=p..

dipendekkan cite, aku smpai kt sekolah tuh pd ari kejadian kul 8 pg..exam stat kul 9..duduk je la kt kantin, mcm2 la org aku tgk, ade yg baca nota smbil pejam mata mulut terkumat kamit menghafal sesuatu, ade yg borak2 enggerish education, ade yg berkenalan sesame sendiri dll..

kesimpulan nak dibuat-
seksen A ( pengetahuan am); sume perjanjian pangkor, melaka, uptown, downtown yg aku bce sume x kuar pun..hahaha..yg kuarnye btol2 isu semasa..aku jwb ikot logik jer
seksen B(math) - aku suke wat math, soalan sng tp kne laju..yg soklan kebarangkalian skip dan trus tanda, bile ade mse je aku tgk blk, tp x sempat nk tgk blk
seksen c (pemahaman bi, bm) - ok je kot
seksen d (esei bm, bi) - isi2 mcm aku amek SPM dulu..dah keje pn isi nye tetap same..hehe


setiap kali break, aku msg tunang aku, tnye kaba die cne..abes exam kul 4 gtu..aku tggu tunang kt sekolah psl mase g org len anta..(kete maivi tggl kat JB)..
pastu die bwk g OU, makan tgh ari psl aku dah bebel2 lapa..so g la makan A&W..
lepas makan, xtau nak g mane..aku ni x suke window soping, jd malas la nak g round2 melainkan aku mmg nak beli brg..

pas makan, tunang tnye nak g mane, aku ckp xtau..g jenjalan nek kete abeskan minyak je la..hehe..
pastu die bg cadangan g umah kakak die..aku pn setuju je la..tp dah ckp kat tunang, kat umah kakak xyah makan minum sbb dah kenyang, kalu kenyang xdpt makan ikan bakar..haha..

si tunang pn kol kakak die..tp kakak die kt umah mak die plak..mak tunang la tuh..trus2 ajak g makan kt tasik plak..so jmpe la aku dgn bakal mak mentua, bakal kakak ipar..makan2 dah kenyang..pastu dah malam dah..

si tunang tnye, nak makan ikan bakar lg x..dah kenyang, aku ckp xpe len kali la mkn..
tp disebabkan die tau aku blk dr JB pasal nk exam + makan ikan, die bwk jugak..

kat sane, order ikan siakap bakar n sotong bakar..dorg yg len ratah cm tuh je,,aku je y siap ade nasik..hehe..

pas makan, trus blk umah kajang di anta oleh tunang juge..
selesai la satu ari itu dgn pelbagai aktiviti menarik..
ahad, lepak dgn family aku pula..kne same rata la kan..

Thursday, June 23, 2011

Fitnah Petunjuk Istikharah

Fitnah Petunjuk Istikharah



“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”


Sepucuk emel dihantar kepada saya.
Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?

MEMBELAKANGKAN ILMU

Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”
Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

KESIMPULAN

1.Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
2.Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
3.Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
4.Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
5.Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
6.Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
7.Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
8.Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
9.Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
10.Jauhi Bid’ah dan Syirik.
11.Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
12.Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
13.Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
14.Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
15.Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Thursday, May 5, 2011

sy dah jd tunangan org..huhu

Alhamdullilah, aku dah selamat menjadi tunangan kepada Mohd Faizal Bin Mohd Hatta
(27 thn)di kediaman ibu bapa aku di kajang selangor pada 1 may 2011, jam 1 ptg..

tq kepada keluarga
dan kawan2 yg dtg ke majlis aku..

kepada cik tunangan, thanks sbb saba dgn pangai aku yg ala2 gedik2-manja-nyampah-meluat nih..hehe..

semoga ikatan ni akan kekal smpai akhir hayat ini..

p/s:gmba blum uplod g..

Thursday, April 28, 2011

bercuti awal

ceh, macam ape la sgt smpai nk kne amek cuti awal kan..kunun2 wat persiapan la tuh kan..hehe
ok sume kwn2, aku dah stat cuti esok (jumaat), nak kemas2 rumah, bilik, utk majlis aku nnti..hehe..tibe2 rse mcm x caye jer..biar btol..baru je post2 aku dulu2 dok cite pasal frust2 putus cinta, skang nak tng dah..hehe..

kpd wani n farah, jgn lupe kim salam aku kt izyan yg kawen ari yg same dgn mjlis tng aku,,aku maafkan utk ketidakhadiran korg wlpn sedikit kecewa..hehe=p

nnti aku upload gmba2 kt cni okeh..
doakan majlis aku berjalan lancar..dan aku x muntah sbb neves sgt,,

salam.

Wednesday, April 20, 2011

jiWANG PTG aRI

Dulu aku tak daya
Hingga saat engkau tiba
Kau bagaikan penyelamat cinta
Ku yang sengsara

Kau beri jiwa yang penuh
Mengisi setiap ruang kosongku
Kau cahayakan cinta yang gelap
Oh terangnya

Cinta yang kau beri
Menyuntik semangatku
Untuk terus memahami apa ertinya cinta

Dan apanya erti rasa
Kucupan di hatiku milikmu selamanya
Engkau penyelamat cinta

Kau beri jiwa yang penuh
Mengisi setiap ruang kosongku
Kau cahayakan cinta yang gelap
Oh terangnya

Cinta yang kau beri
Menyuntik semangatku
Untuk terus memahami apa ertinya cinta

Dan apanya erti rasa
Kucupan di hatiku milikmu selamanya
Engkau penyelamat

Jika kau fikir
Aku yang terbaik
Jadilah milikku
Cinta

Dulu aku tak daya
Hingga saat engkau tiba
Kau cahayakan cinta yang gelap
Oh terangnya

Apa ertinya cinta
Dan apa ertinya rasa
Kucupan di hatiku milikmu selamanya
Engkau penyelamat cinta

Apa ertinya cinta
Dan apa ertinya rasa
Kucupan di hatiku milikmu selamanya
Engkau penyelamat cinta

Monday, April 11, 2011

marah

1. Faizal
2. Abah
3. Mohd Hafizi

3 org laki ni penting dlm idup aku..ketahuilah kamu 3 org bahawasa sekiranya aku berbuat kesilapan kepada kamu bertiga tanpa disengajakan seperti termarah tanpa niat, sesungguhnya selepas kemarahan itu reda, aku akan berasa menyesal sehingga terfikir2 kesalahan aku itu dan cuba utk menebusnya blk..

kata org, kalu syg, tgn2 kan..
tp
kata aku, kalu syg, marah2 kan..

hehe..

ape2 pun, aku tetap syg engkorg, korg pn syg aku jugak kan..sob2

Wednesday, April 6, 2011

Persiapan part 2

ok, tggl 23 ari lg..

list2 persiapan setakat ni.


1.baju - siap
2.veil- blum beli
3.tudung- siap
4.contact lens- blum
5.barang hantaran- dah beli kecuali brg2 mknn
5.bekas hantaran- dah siap
6.makanan- dah tempah
7.khemah-dah tempah
8.jurucakap- dah pilih
9.jurucakap nak ckp pe - dah discuss
10.baju family- dorg pk sndiri..(kejam tol)
11.duit blanje makan dll- dah simpan dlm tabung, tggu nk keluarkan je
12.manicure - blum wat
13.facial-dah wat tp xnk wat dah
14.pelamin - dah tempah
15.mekap - dah tempah
16.jemputan- dah jemput, tp ade org xnk dtg..(hint:ex-rumet kt utp)
17.Photographer - dah tempah

Student oo student..

"hye miss,bile miss nk tukar jadi madam?"
"hye madam..eh2, madam ke miss lg?"
"miss bile nak kawen?"
"miss bile nak tunang?"

aiyoyo student oo student..nape la korg ni taksub sgt nk aku kawen ni..nmnpak aku ni serba x terurus ke..hehe..
soklan2 yg bese aku dgr dr student2 yg aku aja tahun2 lepas, tp ade gak student yg dalam kelas pggl miss2, tp blh lagi tnye miss dah kawen ke?
ish3..
dah ko pggl miss, x kawen la tuh,
kalu dah tawen, pggl la madam,,,x gtu?:p
tp kalu dah kawen, tp x de baby lg, nak consider pggl miss ke madam ek..keliru gak tuh..hehe..

pada student2 sume, sebenarnye miss ni mmg nak tawen dh pun..xnmpak ke muke berseri2 mcm org x saba nak kawen nih..hehe..

oh, skang tgh menghitung ari..
sudah tgggl beberapa ari je lg dari beberapa bulan lepas..

chow cin cau..

Tuesday, March 15, 2011

Persiapan

korg tau x mende ape yg aku enggak bape suke kalu bce blog2 org yg cite pasal persiapan pertunangan dorg atau perkahwinan ke atau ape2 je lah yg seangkatan dengannye..?(kalu aku bce pn, just nk tau mende2 yg aku perlu tau atau aku mmg xtau lgsung)

mende yg aku x suke tu ialah detik2 persiapan.. wah bkn men cite nak dress tu nak dress ni , nak bju tu nak bju nih, nak beli baju tuh, nak beli baju nih..pastu letak gmba dr pokcik gugel baju2 atau pelamin2 yg diidamkan atau sekaligus akan menjadi seperti baju2 atau pelamin dorg..

tp last2 bile aku bce post pasal event berkenaan, bju nye , pelamin nye idok la mcm per dorg dok cite pung pang pung pang tuh..aiyo..aku ni punye lah eksaited bile tgk post2 dorg..siap 'add to Favorites' lagi blog2 mereka itu sbb nk tgk sgt la kan ape hasil akhir dorg apebile sudah mensearch n mmbuat persiapan bagai..indah khabar dr rupa sahaja..tgk2 bju bese je pon..heheh..

tp ikot korg la, blog korg..hehe..blog aku pn bknnnye ade org bce pn..hihi..kecoh je lebih kan minah yg menulis nih..

hihi..

wah2, emo je aku nih..tetibe je kan..
tp kpada kwn2 aku nnti yg ade blog, korg nk cite pn, cite la..aku bce je nnti =p

ba alif bai

Monday, February 28, 2011

benti keje

sblm rase2nye baru benti keje, eloklah pk 2 kali..tp aku rse cm xnk pk dah..nk benti je..boleh? tp xdak tmpt keje len..huaaa:(((

Monday, February 21, 2011

demam

ari ni aku demam lg..

Thursday, February 17, 2011

twit

org yg aku nak jmpe sblm 01.05.2011 yakni sebelum aku berangkat ke sana..

bulan madu di awan biru,
tiada yang mengganggu


1.farah
2.wani

org yg aku xnk jmpe smpai bile2

1. udah2 la tu fikir itu ialah diri engkau..bkn engkau la..seyes bkn engkau..sape engkau? engkau la..sape? ntah..engkau la..

twit

bile mau kawen nih? (padahal diri sndiri yg melambatkannye..hehe..sori baby boy besar(geli x??haha))

twit

aku teringtkan seseorg..seseorg yg jahat..aummmm

twit

aku teringtkan seseorg..seseorg yg jahat..aummmm

twit

counting utk bln 5..sbb ape?

twit

bestnye ade org tu x keje ari nih..

twit

ade org tgh bce blog @ twitter buatan aku

twit

cani ke org bertwiter? nape aku rse cm pelik je ape aku buat

tiwt

esok nk cr baju

twit

esok nk g beli brg hantaran

tiwt

cane aku leh ramai followers? ( ramai la tuh, utk blog cm aku neh)

twit

aku makan roti je tgh ari nih

twitter

aku ngantok la..

twitter

ari ni aku g jusco..

Tuesday, February 1, 2011

Jangan

dlm idup ni,ade beberapa perkara yg blh jd rules atau pengajaran atau teladan atau jangan-wat-lagi atau ape saje yg sewaktu dengannye..jadi dlm idup aku aku dah listkan beberapa 'jangan' supaya aku jangan wat atau xkan wat atau xkan wat lagi..

(list ni setakat aku ingat je la..kalu nk tmbah lg, aku ngedet, tp ade korg kesah ke?aku-pun-xkesah..

1. Jangan join MLM, sistem piramid atau sistem barter
2. Jangan suh org kat terminal bus jagakan laptop korg-sbb-korg nk beli jambu kat gerai jual jambu.
3. Jangan bagi muka kat org yg ngumpat korg dr belakang - mari ngumpat die jugak
4. Jangan simpan dalam ati kalu org layan kita ntah-hape-hape
5. Jangan beli perabot kat kedai perabot dan wat full payment selagi kedai perabot x anta perabot tu kat umah.
6. Jangan bercinta dengan laki berasal dari kelantan -yg duduk kt kelantan - yg anak mak - yg selalu sebut cinta lepas kawen lg best - padahal dah bcinta lame dengan korg
7. Jangan segan silu sound org yg memalukan korg depan org lain
8. Jangan segan silu tukar duit yg terkoyak kalu org kedai pulangkan baki korg dengan ringgit malaysia yg sudah nazak
9. Jangan lembik sgt, lembut xpe
10. Jangan marah suami korg..derhaka
11. Jangan marah ayah korg...derhaka

updet lg nnti..p/s <--

Thursday, January 13, 2011

malam jumaat

ari ni ari jumaat..malam ni malam kepada ari jumaat..aku x blk kjg, instead Mr F ajak g mkn2 ngan kwn2 dia yg sume dah kawen..sume bwk pasangan masing2..so Mr F pn nk fefiling bwk isteri gak..tp die x bg mggedik ibarat isteri org..ahak=p..katanya nk g makan kt kedai wiliam, kelana jaya..tmpt yg aku da lama nk ajak die pergi tp dlm ati je..so, aku tggu die amek aku mlm ni..dr rawang tau..lebih 2 marhalah gtu..

Sunday, January 2, 2011

Azam thn 2011

blum pk lagi..tp rsenye lebih kepada pengukuhan kewangan utk mase depan..dan pengukuhan integriti diri..wah, ala2 kerja gomen gtu visi nya=p

Risik Fasa 1

permulaan thn baru yang baik..-risik fasa 1
sabtu ni risik fasa ke 2..

=p

Tahun 2011

elo sume! hepi new year..yehuuu!! sonok btol dah masuk thn baru sbb umur dah meningkat..dan tentunya sudah hampir2 matang=p..ape azam baru korg thn 2011 nih.azam thn lepas yg korg listkan nk dekat puluh2 tuh jd ke x?aku cm bese lah..kata tidak dikota..ayuh aku listkan blik azam aku thn lepas (2010), dan saksikan caption2 sama ada tercapai atau x=p

1. smbung master - ok, yg ni x menjadi sbb kdg2 aku rse aku nk smbung blaja, kdg2 xrase nk smbung..so x tercapai..

2. basuh kete tiap seminggu - ceh, mase mula2 dapat kete je aku basuh seminggu sekali, tapi thn lepas, nak kan seminggu, sebulan pn x tentu basuh..busy agaknye cik fezza ni kan..kete maivi putih aku kdg2 org lain pn leh kompius sama ada aku beli kaler putih atau grey=p

3. x kesah ape die nk wat, xnk tnye ape die nk wat (termasuk dlm azam tuh)- oh, yg ni azam tahun lepas gak..dia yg dimaksudkan adalah laki yg kejam dan b*do tgglkan aku thn lepas..oh tp tidak mengapa..sbb aku dah dpt si comel yg 4juta kali lagi super baik dari dia..tiada tandingan nyer..dan aku amat2 bersyukur dipertemukan dengan MR F aku..dan aku nak kawen dgn MR F aku..=p

4. mempunyai satu ikatan..at list, dirisik, diminang, di tunang (haha)- ok, thn lepas blh la aku gelakkan azam aku ni sndiri, tp mungkin tidak lg thn ni sbb mebe thn ni salah satu impian aku tuh akan tercapai..=p

5. bg duit kt daddy tiap bulan tanpa putus ( ari tu ade xbg..abes=p)- ni pn x jadi sgt=p

6. masak setiap ari/ at lis tau satu resepi tiap ari (tetibe rse bpeluh)- yg pn x tercapai..yang hampir tercapai ialah aku hanya beli buku resepi '1 hari 1 resepi;365resepi'..aku beli buku tu kat MPH..xpernah2 aku beli buku resepi=p

7. amek kursus kek, biskut - tipu, yg ni lagi la x tercapai

8. kurgkan belanja pada bil tepon (seb bek dah x gne line)- tercapai mula2
je sbb dah tuka dr postpaid ke prepaid..tp skang dah kembali ke line..sng nk berhubung dgn si jejaka..oh lupe nk gtau sume, no tepon sy masih same cume sudah bertukar operator kepada Celcom..


9. bace novel english tiap3 ari, sbb nk amek Toefl(x ingt ejaan)- x jadi

10. nk tambah accesories/modified kete (dah boring)- x jadi

11. xnk pakai kasut tumit tggi - x jadi..masih beli kasut tumit tggi

12. nak beli handbag baru (ni pn azam gak ke?)- x jadi, gila setahun x tuka henbeg

13. xnk berkorban utk laki smpai rse diri budus- x, utk laki len ya, bodoh rase berkorban..tp bkn utk MR F..utk dia tu namenye kasih sayan..hehe

14. saving at list RM1K sebulan (ok yg ni tipu)- yg ni propa semata2..seratus pn x smpai..

15. beli baju tiap bulan- macam x jer..x ingt

16. Pergi bercuti dgn wani (janji nak g genting kan?)- dah g genting thn lepas, tp bkn dgn wani..mknenye x tercapai juge..

17. jadi pmpuan baik (=p)- no komen